|
BARANGAN DAN PERKHIDMATAN
Barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Twin Win PC Trading (M) Sdn Bhd boleh dibahagikan dalam beberapa bahagian seperti berikut:
Komputer Desktop
- Wakil jualan serta memasarkan beberapa komputer desktop berjenama seperti Acer, Compaq, IBM, Nec dan HP. Jenama komputer laian juga ditawarkan.
Komputer Laptop
- Bagi komputer laptop, Twin Win adalah wakil bagi jenama Acer, Compaq, Nec, Toshiba, Fujitsu, Twinhead dan Asus. Jenama lain juga ditawarkan.
Server
- Terdapat pelbagai jenis dan jenama server yang dipasarkan oleh Twin Win termasuk HP, Acer, Compaq dan IBM.
Perisian Komputer
- Antara jenis perisian komputer yang dipasarkan adalah seperti Microsoft, Symantec, Trend, Corel, eSoft, Novell, Oracle, Summagraphics, Lotus, AutoCAD, Sybase dan perisian-perisian lain.
Peralatan Dan Perkakasan Komputer
- Twin Win juga memasarkan peralatan dan perkakasan komputer berjenama, alatan sokongan komputer, pencetak Laser, Color dan Dot Matrix, Scanner, UPS, AVR dan lain-lain.
Sistem Pembangunan Aplikasi
- Membangunkan sistem-sistem aplikasi seperti Sistem Koperasi, PC DOCS Fulcrum - Hummingbird Electronic Document Management System, Educational (College & University) Management System, Sistem Inventori, Sistem Perjawatan dan Pentadbiran, Sistem Pengurusan Masa, Sistem Pengurusan, Sistem Pemasaran dan sistem-sistem lain.
Perunding Dan Khidmat Nasihat
- Memberi khidmat nasihat dan perundingan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan komputer mengikut keperluan pelanggan. Menjalankan perkhidmatan pengujian dan membangunkan sistem-sistem aplikasi berdasarkan keperluan pelanggan. Memberi perkhidmatan memasukkan data-data ke dalam sistem baru pelanggan mengikut keperluan pelanggan dan juga "On-site & On Call Service"
Rankaian Dan Sistem Integrasi
- Menawarkan perkhidmatan rangkaian (networking solution) LAN (Local Area Network) dan WAN (Wide Area Network) kepada para pelanggan bersesuaian dengan kehendak mereka. Selain daripada itu, Twin Win juga memberi perkhidmatan sistem integrasi.
Perkhidmatan Dan Penyenggaraan
- Memberi perkhidmatan selepas jualan untuk memastikan sebarang aduan atau kerosakan perkakasan dan peralatan yang masih mempunyai tempoh jaminan diberikan servis yang terbaik tanpa sebarang kos tambahan. Menawarkan perkhidmatan senggaraan. Ini memudahkan para pengguna sekiranya terdapat kerosakan kepada perkakasan komputer di luar tempoh jaminan dengan kos yang minima dan berpatutan.
Perkhidmatan Percetakan IT
- Menawarkan perkhidmatan fotostat warna, kad perniagaan, faksimili, "scanning", "fast print", "plan printing", "rubber stamp", "binding", dan sebagainya.
Internet Aplikasi
- Menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan internet aplikasi seperti membuat laman web, "web e-mail", dan senireka grafik.
Copyright © 2003 Twin Twin PC Trading (M) Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
|